Jan 18, 2013

Larang Melarang

listen listen listen

Bermacam cara orang kita menegur, menegah atau melarang seseorang dari berbuat sesuatu perkara. Di sekolah pula ada berbagai bentuk ayat yang digunakan oleh guru-guru dalam menegur dan memberi arahan kepada pelajar sama ada secara terus atau secara sindiran.
  1. "Tak boleh buat macam tu. Tak baik tu."
  2. "Yang kat belakang tu, boleh tolong dengar, tak?"
  3. "Siapa yang tak buat kerja, saya repot kat Guru Besar."
  4. "Dengar betul-betul apa yang saya nak kata ni."
  5. "Tak apa... tak apa. Buat lagi..."
  6. "Siapa yang tak mahu makan kayu ni, sila duduk diam."
  7. "Kalau tak mahu mak kena rotan ni, jangan suruh mak tunggu kat tepi kelas."
  8. "Siapa ada telinga, sila buka luas-luas."
  9. "Siapa ada mulut sila simpan dalam beg."
  10. "Hoi. Tak reti duduk diam ke?"
Apa yang pasti, menegur dengan cara yang keras atau marah kurang mendatangkan kesan kepada pelajar. Makin dimarahi makin menjadi, bahkan sebaliknya boleh menimbulkan penentangan.

4 comments :

  1. Risau fikir anak yang makin membesar ni. Takut tersalah didik dan asyik marah-marah je bila kita stress sampai dia pun stress. Semogalah dipermudahkan...huhu

    p/s: comelll kucing tu listen ;)

    ReplyDelete
  2. Memang betul tu..Macam-macam dah sekarang ni. Tapi pendekatan cikgu atau sesiapa tu kena pandai cara nya..Sebab macam bro cakap keadaan akan lagi teruk...

    ReplyDelete
  3. Cara didikan dulu ngan zaman sekrang lain..
    kalau dulu kalo rotan takpe, tp zaman skrang kalo rotan sikit je dah lari ke mana ntah..merajuk ngan parents...tp tak pk merajuk parents ngan anak2xnya...Parents tau apa diorang buat untuk kebaikan anak2x juga.

    apa yang penting pendidikan penting lagi2x bab agama. yang perlu diutamakan.

    ReplyDelete
  4. Perbezaan mendidik dan mengajar...

    ReplyDelete