Jul 27, 2013

Semakan Pelatih Terpilih PLKN

Semakan Pemilihan Pelatih PLKN Siri 11/2014 (untuk remaja kelahiran 1996) hanya dapat dibuat bermula 1 Ogos 2013.

Maklumat terakhir [hari ini - 27.07.2013 yang aku dapat sebentar tadi dari laman web rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara.

Semakan Pemilihan Pelatih Terpilih PLKN boleh dibuat di http://apps1.khidmatnegara.gov.my/terpilih.

semakan plkn

Maklumat lanjut dan perkembangan terkini PLKN boleh didapati di laman web rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara http://www.khidmatnegara.gov.my.

Remaja yang terpilih boleh membuat semakan penempatan di http://apps1.khidmatnegara.gov.my/penempatan.

Jul 25, 2013

Mulai Tahun Depan, FAM Makin Cerdik

Khabar dari FAM sering buat aku senyum dan terus senyum.

Beberapa hari lepas, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dilaporkan berkata mulai tahun depan, K Rajagobal tak boleh lagi batalkan perlawanan antarabangsa berstatus kelas A dan menukar kepada perlawanan ujian. FAM dan peminat mahukan perlawanan yang menawarkan mata kepada ranking skuad negara.

Molek sangat, mulai tahun depan tu.

harimau malaya

Kalau tak silap ingatan aku, kontrak K Rajagobal sebagai Jurulatih Harimau Malaya pula akan tamat pada hujung Disember 2013 ini. Mulai tahun depan, beliau tidak mempunyai apa-apa kontrak lagi sebagai jurulatih.

FAM makin bijak, mulai tahun depan.

Sebenarnya ada dua kemungkinan dari kata-kata Datuk Hamidin tu. Pertama, kontrak K Rajagobal akan disambung lagi selepas Disember 2013. Kedua, kontarak K Rajagobal tidak akan disambung dan beliau tidak akan menjadi jurulatih Harimau Malaya lagi selepas Disember 2013 nanti.

Kita tunggu sahaja khabar baru dari FAM.

Jul 5, 2013

Tahun Ini FAM Gagal

Apa nak dikata lagi, bagi aku sehingga setengah tahun 2013 ini FAM lebih banyak gagal berbanding tahun-tahun yang lepas. Banyak perkara yang aku nampak dan aku perhatikan, sebahagiannya akan aku tuliskan di bawah. Terserah, korang mahu setuju atau tidak.

Ranking FIFA. Tak juga berjaya untuk naik dan sangat tidak menggembirakan. Melihat kepada kedudukan terbaik dunia di tempat ke 75 pada bulan Ogos 1993, FAM memang menyedihkan. Bulan Julai 2013 ini Harimau Malaya berada di tangga ke 159 dunia dan 31 di Asia, di belakang Singapura. 

Liga Super. Piala Liga Super sudah pun berjaya dibawa pulang oleh Lions XII menyeberangi tambak Johor. Piala kita tapi orang lain yang muncul juara. Tentunya FAM gagal untuk membantu pasukan di negara sendiri untuk menjadi lebih baik. 

Jadual. Ini lagi satu hal yang agak berat. yang pastinya merencatkan perkembangan bola sepak tanah air. jadual ketat yang TIDAK boleh diubah untuk pasukan sendiri TETAPI diberi pula kelonggaran untuk pasukan jemputan, Lions XII.

Perlawanan play-off untuk Piala Malaysia pula pada 10.07.2013, hari pertama puasa. Mereka tak reti tengok kalendar ke? 

Kisah-kisah lain seperti denda, kes jualan tiket, kes lawatan, kes latihan pasukan negara dan macam-macam hal lagi korang dah baca dan dengar dalam berita tv, kan? Malas aku nak cerita banyak-banyak.

Walau pun aku seronok dengan saingan dan ragam liga tempatan, aku tetap berpendapat FAM gagal. Tak ada apa yang nak dibanggakan dengan bola sepak Malaysia!