Oct 4, 2013

ATM Dan Pahang Ke Separuh Akhir

ATM dan Pahang layak ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2013 setelah menumpaskan lawan masing-masing iaitu Lions XII dan PKNS FC di peringkat suku akhir.

ATM menang di tempat sendiri mengalahkan Lions XII 4-1 dan layak ke separuh akhir dengan agregat 4-2. ATM tewas 0-1 kepada Lions XII di tempat lawan. Pahang pula layak dengan kelebihan agregat 5-3. Pahang menang 3-2 di tempat sendiri dan menang lagi 2-1 di tempat lawan.

atm pahang
Pertemuan kedua antara Kelantan vs JDT dan Sarawak vs Sime Darby pada 5 Oktober [besok] akan melengkapkan 4 pasukan yang akan bertemu di Separuh Akhir Piala Malaysia 2013.

Dalam perlawanan pertama suku akhir, Kelantan tewas 2-4 di Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunus, Johor sementara Sarawak dan Sime Darby seri tanpa jaringan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Siapa yang menemani ATM dan Pahang di Separuh Akhir Piala Malaysia 2013? Kelantan, Johor DT, Sarawak atau Sime Darby?

No comments :

Post a Comment