Nov 17, 2013

Pemain Kelantan Yang Berpindah 2014

ben 10
Ada 9 pemain Kelantan The Red Warriors yang pindah ke pasukan lain untuk musim Liga Malaysia 2014 nanti. Ramai yang kata TRW sedang runtuh dan menuju kehancuran bila lebih separuh pemain angkat kaki keluar. Mujur Piya tak ikut keluar.

Antara sebab pemain terbaik Kelantan berpindah ke pasukan lain ialah kerana mahu bertukar angin dan kerana mendapat tawaran yang lumayan dari pasukan lain.

Kenapa pemain Kelantan menjadi rebutan?

Pemain yang disahkan berpindah ialah:
  1. Mohd Daudsu Jamaludin - Johor Darul Takzim
  2. Mohd Shakir Shaari - Johor Darul Takzim
  3. Azizi Matt Rose - Johor Darul Takzim
  4. S Subramaniam - Johor Darul Takzim
  5. Muhamad Izuan Mohd Salahuddin - Sime Darby FC
  6. Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid - Selangor
  7. Indra Putra Mahayuddin - Felda United FC
  8. Mohd Norfarhan - Terengganu
  9. Dickson Nwakaeme - dijangka beraksi di Eropah.
Jatuh ditimpa tangga terus ditimpa pasu bunga

Malang bertimpa-timpa bagi Kelantan. Jurulatih Bojan Hodak juga tidak lagi bersama Kelantan menghadapi saingan 2014 nanti. Tempat beliau sekarang diambil-alih oleh jurulatih kelahiran England, Steve Darby.

1 comment :

  1. bab ini saya tak tahu nak komen..tapi asal jurulatih kena tukar? heeee

    ReplyDelete