May 29, 2014

Piala FA 2014 : Kelantan Bakal Berputih Mata

Benarkah Kelantan The Red Warriors bakal berputih mata dalam perjuangan mereka untuk mengekalkan Piala FA di Kota Bharu? Kemungkinannya memang ada.

Berdasarkan pengalaman lalu, Kelantan tidak menghadapi masalah untuk melangkah ke Perlawanan Akhir Piala FA 2014. Kelantan sentiasa dapat bermain dengan baik dalam tekanan tinggi dan terdesak.

Tapi itu dulu..

Melihat kepada prestasi semasa, Kelantan nampak seperti sedang sakit. Biar pun berjaya bangkit untuk seri 3-3 dalam pertemuan pertama separuh akhir Piala FA menentang Felda United di Kota Bharu.

Kelantan masih gagal untuk mengekalkan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super. Paling terkini mereka tewas 0-1 kepada T-Team. Dalam 5 perlawanan terakhir Liga Super, Kelantan hanya menang 2 kali dan tewas 3 kali.

Kalau berjaya mengatasi Felda United, Kelantan mungkin sekali akan disekat oleh Johor DT untuk muncul juara Piala FA 2014 ini.

Johor DT nampak berpeluang cerah untuk melangkah ke Perlawanan Akhir Piala FA 2014 dan muncul juara. JDT seri 1-1 dengan Pahang dalam perlawanan separuh akhir pertama. Dalam 5 perlawanan terakhir Liga Super, JDT menang 4 kali dan hanya seri sekali tanpa ada kekalahan.

Walau pun aku tak nafikan pimpinan Piya, aku juga tidak menafikan keupayaan Bojan Hodak!

Bezanya Kelantan TRW dengan Johor DT ialah, Kelantan membawa masuk Prince Tagoe sedangkan Johor menghantar pulang Pablo Aimar. Kedua-duanya cedera.

2 comments :