Aug 29, 2015

Piala Malaysia 2015 | Saingan Kumpulan

Nampaknya Saingan Kumpulan Piala Malaysia 2015 akan bermula tak lama lagi. Keputusan undian sudah pun dikeluarkan.

Perlawanan pertama setiap pasukan pada peringkat kumpulan ini telah dijadualkan akan berlangsung pada 11 September nanti.

Liga Super dah habis. Johor DT dah bawa balik piala. Liga Perdana juga dah habis. Kedah akan simpan piala di Alor Star.

Malam tadi Kelantan berjaya membawa pulang Piala Presiden ke Kota Bharu.

Piala Malaysia 2015 | Saingan Kumpulan

Saingan Kumpulan Piala Malaysia 2015


KUMPULAN A
KUMPULAN B
KUMPULAN C
KUMPULAN D
Terengganu
JDT
Selangor
Pahang
Lions XII
Perak
FELDA United
PDRM
Kedah
Sarawak
Kelantan
Pulau Pinang
JDT II
ATM
T-Team
PKNS

Sekarang tumpuan kita ke Saingan Kumpulan Piala Malaysia 2015 pula. Enam belas pasukan akan berebut sebiji bola untuk dijaringkan ke gawang lawan.

Siapa menang dan siapa akan kalah dan balik awal belum tahu lagi.

Ya. Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi.

Kelantan?

Nampaknya Kelantan The Red Warriors telah diundi untuk berada dalam kumpulan maut bersama Selangor, Felda United dan T-Team.

Harap-harap Kelantan TRW tak akan balik awal nanti.

Moga-moga...

2 comments :

  1. Moga TRW kembali beraksi macam dulu-dulu. Moga semangat TRW berkobar kobar. Kesungguhan tu yang penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya macam tu la
      nama trw pun dah lama tenggelam ...

      Delete